CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 6, 2011

andai lelaki TAHU...

Assalamu'alaikum w.b.t...

Andai lelaki tahu.. dalam hati seorang perempuan, ada naluri untuk disayangi.. ada rasa untuk diberi perhatian..
ada rasa untuk didengari keluh-kesahnya.. ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya..

Andainya lelaki tahu... rajuk seorang perempuan minta dipujuk.. marah seorang perempuan perlu didekati..
sedih seorang perempuan harus didengari.. gembira seorang perempuan ingin dikongsi..

Andainya lelaki tahu.. disebalik seribu rasa itu.. ada sekeping hati nan lembut.. bukan untuk dimanjai.. bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh.. hanya perlu sedikit perhatian.. agar rasa kasih itu terasa wujud walau disaat jauh..

Kerana andai lelaki tahu....
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan.. wujudkah cinta itu di hati lelaki, bila di saat jauh tanpa perkhabaran..???

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang.. bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini.. cintailah seseorang itu kerana hatinya.. 
bukan bersandar pada paras rupa semata-mata........



No comments:

Post a Comment